:: Untuk paparan terbaik, anda disaran menggunakan Pelayar Web Mozilla Firefox ::





:: Assalamualaikum ::



Blog Owner:
Mohd. Fikri bin Yahya
D.O.B:
25th April 1985
Email:
alfi_fastriey@yahoo.com
fiquer85@gmail.com
Hometown:
Baling, Kedah
Current Location:
Sek. 7, Shah Alam
Education Background:
SK Tanjung Pari [1992 - 1994]
SK Siong [1995 - 1997]
SMK Agama Baling [1998 - 2002]
UiTM Malaysia [2003 - present]

Certification:
Diploma in Computer Sciences
Current Study in:
Bachelor Of Science (Hons) Business Computing

:: YM status ::
yahoo messenger


   


<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31




Let's begin with


-: Ayat Pilihan :-



-: Waktu Sekarang :-



sedang online.

-: Radio ikim.fm :-


Senyum Itu Pelembut Jiwa

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya


1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.



:: ANEKA PAUTAN ::

Laman Rasmi
SMK Agama Baling
Web Rasmi SMKA Baling

Laman Rasmi Bekas Pelajar
SMKAB
Web Bekas Pelajar SMKA Baling

Laman Rasmi
Minggu Jejak Bestari SMKAB
Web Minggu Jejak Bestari SMKA Baling

Blog Rasmi Kem Tunas Muda
Blog Kem Tunas Muda SMKA Baling

-: Blog SMKABian :-

:: - Husz - ::
:: - Afif - ::
:: - Nasrul - ::
:: - Ridzuan - ::
:: - Azhar - ::
:: - Azizie - ::
:: - Afiq - ::
:: - Elias - ::
:: - Luqman - ::
:: - Shafiq - ::
:: - Azam - ::
:: - K. Aizuddin - ::
:: - Bro Firdaus - ::

-: Rerakan UiTM :-

:: - Redchille - ::

-: Blog Pilihan :-

:: - Ust Zaharuddin - ::
:: - GrapesNasyid - ::
:: - Saifulislam - ::
:: - Kakiblog - ::
:: - Muhtarsuhaili - ::

-: My Islamic Links :-

:: - Muslimdiary.com - ::
:: - ukhwah.com - ::
:: - ikim.fm - ::
:: - liriknasyid.com - ::
:: - JAKIM - ::
:: - MISGOnline - ::
:: - MyIslamNetwork - ::

-: Berita Online :-

:: - Utusan Malaysia - ::
:: - Berita Harian - ::
:: - Harian Metro - ::
:: - New Straits Times - ::

-: Download :-

:: - Arabic Fonts - ::
:: - Al-Quran Auto Reciter - ::



-: Solat Itu Tiang Agama :-





:: MY ALBUM ::

-: Gambar Konvokesyen :-



My Family at Putrajaya


Snow World Genting Highland


Kameraman Oshack 2005


Reunion x-SMKAB Batch SPM'02


Jalinan Mahasiswa FTMSK Bukit Cerakah


Dataran Merdeka


Berkayuh di Tasik Melati, Perlis


Taman Bunga di Bukit Bendera


Di Bukit Bendera


Anak Muridku di Kelas Komputer


Berkelah di Sg. Congkak


Makan-makan


Faci Kem Tunas Muda




:: PEDOMAN HiDUP ::


"hidup perlu diteruskan biar susah mana sekali pun, yang penting hati tetap tabah menghadapi setiap ujian yang datang. hanya iman yang teguh dapat menangkis godaan dunia yang pasti sentiasa menodai kehidupan manusia. manusia yang lemah iman memang mudah dihanyut arus duniawi. jangan nantikan senja baru terasa pulang ke pengkalan, kerana ajal tidak menunggu kita. justeru, hendaklah kita sentiasa berada didalam rahmat-Nya dan berusaha untuk menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara. insya-Allah"





:: HIBURAN MINDA ::

-: Nasyid Pilihan :-

Melihat Bintang
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

Bila mentari menyinar
Kurasa bahangnya membakar.

Bila mentari tunduk ke bumi,
Kurasa diri ini sunyi...
Tiada teman seorang diri.

Dalam kepekatan malam
Kulihat ada bintang-bintang kecil
Turut bersama

CHORUS:
Oh...indahnya ciptaan Tuhan
Pada yang mau memikirkan
Rahsia s'gala yang tercipta
Tersembunyi pada kurniaan rahmat-Nya...

REPEAT THE LYRIC ABOVE

Di sebalik terang sinar surya
Ada yang buta melihat dunia
Namun pada malam yang gelita
Ada insan yang terus berdoa...

BACK TO CHORUS


-: My Pet :-




Tolong kasi cik nab & cik mas ni makan jap. Thank You

-: Pantun Nasihat :-

Burung didik terbang di awan
Mudia belia menangkap ikan
Baik-baik bila berkawan
Akhlak mulia mesti diutamakan

Menanggung dosa itu berat
Walau pun pada orang yang alim
Wajib manusia menutup aurat
Terutamanya pada wanita muslim

Sehari sudah lesu berpuasa
Hidangan berbuka sudah tersedia
Jangan kamu membazir masa
Mulai beribadat semasa belia

Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Bahasa cabul patang larangnya

Sekular mengutuk tidak bermoral
Di sisi ugama hina dina
Mulut celupar bagai tak sara
Bergaul bebas jantan betina

Logam emas dibuat dinar
logam besi dibuat dawai
Kalau tak berani berkata benar
Tak usah hendak jadi pegawai

Roti kaya airnya bandung
Jadi hidangan datuk panglima
Biar pun kaya 7 gedung
Tidak sembahyang tiada berguna

Di tepi kali saya menyinggah
Menghilang penat menahan jerat
Orang tua jangan disanggah
Agar selamat dunia akhirat

Padi sedang tumbuh subur
Senduduk menumpang bayang
Menangis badan dipinggir kubur
Teringat hidup tidak sembahyang

Kalau memakai baju lusuh
Habis diguna emas dipinggang
Sahabat akan jadi musuh
Sanak saudara jadi renggang






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



9/28/2007
Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW dan jatuh pada 29 September pada tahun ini. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 


Posted at 9/28/2007 4:06:45 am by tenty10
klik utk komen  

9/11/2007
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan.jpg

Bulan Ramadhan Bulan Berkat

Semarakkanlah Bulan Ramadhan


Posted at 9/11/2007 10:19:38 pm by tenty10
klik utk komen  

Sunat-sunat Puasa:

1.     Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".

 2.    Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan  kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya".

3.  Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4.    Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5.    Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6.    Memperbanyakkan sedekah.

7.    Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8.    Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9.         Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10.   Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.


Posted at 9/11/2007 9:36:10 pm by tenty10
klik utk komen  

PUASA

(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:

Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.


Dalil

 Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

 

Wajib Puasa:

  1. Islam
  2. Mukalaf
  3. Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
  4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

 
Sah Puasa:

  1. Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
  2. Suci dari haid dan nifas.
  3. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
  4. Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).


Rukun Puasa:

  1. Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
  2. Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.


Membatalkan Puasa:

 
Sekiranya

  1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  1. Muntah dengan sengaja.
  1. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  1. Haid atau nifas.
  1. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  1. Murtad (keluar dari Islam).
  1. Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

  1. Berdusta, berbohong.
  2. Mengumpat, mengata orang.
  3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
  4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
  5. Marah.

 
Rasulullah s.a.w. bersabda:

 Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.

(Hadis Riwayat Muslim)


Posted at 9/11/2007 9:30:05 pm by tenty10
klik utk komen  

7/31/2007
Kisah RM20 pulak..



"Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....


Anak    : Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah    : Hmmm....nak tanya apa?
Anak    : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah    : Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.

Anak    : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah                   sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah    : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi..

Anak    : Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.

Anak   : Ayah..boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang.

Ayah    : "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nakbuat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...The moral of this story... Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama-sama dengan insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapasaja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka-mereka yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..Bayangkan...kalau kita mati..nanti majikan kita akan senang-senang cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan-rakan yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??=) Big Smile

Posted at 7/31/2007 1:06:25 am by tenty10
klik utk komen  

Alkisah duit RM5 - antara nilai dan keangkuhan



Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur,dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur.Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
 

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.
 

Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberisenyuman.Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
 

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
 

"Nak apa?!"
 

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
 

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
 

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"
 

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
 

"Sudah nak!!"

Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayanuntuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.Tapi , sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
 

"Kenapa ni? Gila?!"
 

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."
 

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaputwang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..
 
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.


" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".
 

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
 
"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."
 

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
 

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.

Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
 


jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." renungkan....

Posted at 7/31/2007 12:47:01 am by tenty10
Comment (1)  

Air tangan orang yang tak solat..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak 'kan?

Awas apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu". Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Posted at 7/31/2007 12:38:41 am by tenty10
klik utk komen  

7/23/2007
Kisah ibu jahat pulak..

Satu kisah yang diambil dari satu email yang sya terima..

SAYA IBU TERJAHAT DI DUNIA INI

Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini..., sebelum ajal menjemput ku...

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu.

Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. ..

Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi
ingat berkenaan Eric dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.

Hinggalah le satu malam... Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak...

Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali... Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Eric, makcik."

"Eric...? Eric... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya Eric, mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,

"Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak. ..

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Eric.. Eric... Di manakah engkau?

Saya meninggalkan Eric di sana10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. .. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric setiap hari...

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali.

Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?"

Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Eric, ya? Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Eric. Bye, mama..."

Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Eric sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya.

Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!"

Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Posted at 7/23/2007 9:45:36 pm by tenty10
klik utk komen  

7/21/2007
Aduss..pening! Matematik yang pelik..

Cmana la lopong tu ada..heran, heran. Surprise Tolong la..sapa2 ada idea atau tau psal lopong yang pelik tu tolong bagitau..ishk..ishkk. Susah ni..




Posted at 7/21/2007 3:47:59 pm by tenty10
klik utk komen  

7/19/2007
Jolly Shandy: Arak yang mengelirukan

PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan satu lagi produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY dalam dua perisa iaitu LEMON dan ORANGE.

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah-olah sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Ada lagi satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut iaitu Nutrimalt. Walaupun ditulis 'tanpa alkohol', tetapi kita sebagai orang Islam meragui tahap 'suci' minuman tersebut sama ada haram atau syubha'.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM................Waspada selalu!

Posted at 7/19/2007 4:58:31 am by tenty10
klik utk komen  

Next Page